benar, tiada yg sempurna. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak cuba yg terbaik~

benar, tiada yg sempurna. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak cuba yg terbaik~

Saturday, June 1, 2013

Jodohku, KetentuanNya~


12.12.12...
hari ini....tiba la waktunya..
Hari yang di tunggu-tunggu oleh si dia... Hari bahagia Elisa sudah tiba..
tahniah buatmu sahabat,

jujur, bahagia mereka bukanlah derita buat ku seperti yang diwar-warkan oleh insan yang suka berkata sebarangan.
bagi aku, bahagia mereka, bahagia juga buat aku.
Elisa tu sahabat rapat aku.
aku lebih kenal jiwa Elisa.
aku tau Elisa memang sangat mengharapkan Adam menjadi sebahagian dari hidupnya.
dan hari ini, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allah beri seperti yang dia impikan. ternyata Allah menyayangi dia. bagaikan hadiah yang terindah dalam hidupnya.
kalau sebelum ini dia sering mengadu derita pada aku tentang cinta manusia yang dia damba, hari ini tersenyum riang di hati dia.
maafkan aku Elisa, aku tak dapat menghadiri hari bahagia kau. bukan diri ini tak redha, bukan diri ini tak mahu terima kenyataan. tapi, entah aku sendiri tak pasti kenapa. andai engkau di tempat aku, pasti, kau juga akan lakukan hal yang sama.

teringat sekejap aku akan janji-janji kosong dulu,

"Elisa, nanti kalau kau kawen, aku bagi hadiah besar-besar untuk kau. aku nak tidur rumah kau masa malam sebelum kau nikah tu. nak usik-usik kau dengan bakal imam kau tu. haha." usik aku.saja nak buat Elisa tersenyum.muka ketat tatkala menghadap keje yang nak sampai due date katanya.
"Aina, kang aku tuntut betul-betul hadiah besar tu baru tau.istilah besar bagi aku, TV plasma 42 inci,mesen basuh fully auto dengan peti ais 3 pintu.haa.ko pilih antara 3 ni mana kau nak bagi aku?balas Elisa melayan perangai aku yang kadang-kadang kurang betul sikit.
"demand...eh kau ingat keje aku gaji empat lima ribu nak hadiah besar-besar gitu?.gaji kita sama je tau kat sini. dua ribu pon tak sampai haha.paling-paling aku bagi kotak je besar, dalam tu isi dia ala-ala aku.slim.comel je."dia layan aku, aku balas balik.
"err...sudah lah Aina, kau jangan nak merapu sangat, keje aku banyak ni.kalau agak-agak kau tak ada keje yang urgent, meh tolong aku meh."

aku ingin tunaikan janji-janji kosong itu Elisa, tapi beritahu aku, macam mana aku nak berdepan dengan kau dan Adam?


aku tahu Elisa, apa yang pernah kau lakukan dulu bukanlah untuk khianati aku, kau buat demi masa depan kau. jadi, aku tak pernah salahkan kau. aku sudah menjangka dari awal. ternyata ramalan ku benar belaka.
setiap kali orang-orang mengusik aku dengan Adam, kau tak pernah ikut sama. terkadang nampak di riak wajah kau tak senang dengan nya. setiap kali Adam buat silap, banyak betul nasihat kau tujukan ke aku. Adam bukan baik mana pun. setiap kali aku dalam dilema, setiap kali itu kau jernihkan hati aku untuk memilih Farid.

ternyata, ada rasa cinta di hati engkau untuk insan itu.........
tapi aku sendiri tak tahu, entah bila kalian mula berhubungan.
sebulan selepas Adam berhenti kerja, aku dapat tawaran menjadi guru matematik tambahan di sekolah SIGS  Bandaraya Johor Bahru.
setelah aku tinggalkan ofis itu, tak lagi aku berhubung dengan sesiapa melainkan Elisa. dan aku tak pernah dengar lagi kisah insan bernama Adam itu...



bersambung~