benar, tiada yg sempurna. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak cuba yg terbaik~

benar, tiada yg sempurna. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak cuba yg terbaik~

Saturday, May 4, 2013

jodohku, ketentuanNya~



Seperti biasa, setiap hujung minggu pasti akan ku bawa anak buah kesayangan bermain di taman permainan dekat kawasan perumahan aku. Satu-satunya anak buah yang aku ada. memang sedaya upaya lah akan aku luangkan masa untuk dia. Suka aku melihat dia seronok bermain bersama teman-teman seusianya. hari kerja aku tak sempat melayan kerenah dia, jadi cuti-cuti macam ni lah masanya. Kerjaya aku sebagai seorang guru kadang kala memerlukan aku untuk berehat menghirup udara segar di petang-petang hari begini. Jujur aku katakan kerjaya sebagai seorang guru tu bukan semudah apa yang kita lihat. Terlalu banyak hal untuk aku fikirkan demi mendidik mutiara-mutiara negara ini agar menjadi insan yang berguna. Bukan masalah berkaitan pelajaran saja yang harus aku titik beratkan, malah yang peribadi pun perlu aku ambil tahu.

***************************************************

Aku biarkan Aisyah bermain bersama kanak-kanak lain. berlari sana, berlari sini, panjat sana, lompat sini.
Risau juga aku di buatnya. Tapi tak mengapa. Nanti baru lah kena dengan kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. haha. tersenyum aku seorang diri melihat telatahnya. Aku biarkan
dia bermain girang dalam dunianya. dunia yang dia tak perlu fikir nanti nak makan apa, esok nak buat apa, kerja yang perlu diselesaikan, hati siapa nak jaga...huh~ aku mengeluh panjang.
Tapi yang pasti, semakin dia meningkat usia, dia juga akan rasa apa yang aku rasakan hari ini.
Jujur aku katakan, tak pernah ada istilah putus asa, kerana aku percaya Allah sentiasa ada.
mata aku melihat Aisyah bermain riang, tapi fikiran aku sungguh jauh melayang.
dan sungguh kadangkala hati terdetik bertanya, mengapa mesti aku rasakan hal seperti ini? bukan aku tak redha Ya Allah dengan segala ketentuan Mu.
Siapa aku untuk mempertikaikan nya.?
aku sentiasa mengingatkan diri ini, ketika Engkau menguji itu adalah hakMu sebagai pencipta,
ketika Engkau memberi sungguh Engkau menyayangi hamba.
ketika aku bertanya, itu tak lain tak bukan hanya kerana aku ingin mengadu kepada Dia yang sentiasa ada.

****************************************************

peristiwa dua tahun lalu tersingkap kembali ketika aku menerima kad undangan walimah seorang insan.

"Aina, apa ciri-ciri lelaki idaman Aina? mana tahu saya boleh tolong carikan . usik Adam spontan tapi membuatkan aku sedikit tak menentu. errk. soalan jenis apakah ini? aku cuba menyembunyikan ketidakkeruan diri ini. merepek ye tengah hari macam ni. mungkin sebab aku punya perasaan lain terhadapnya, soalan biasa tapi aku terasa luar biasa.

apa nya yang merepek. orang tanya betul-betul ni.
haha. sudahlah, Elisa dah tunggu saya lama ni. nak pergi makan. nanti-nantilah saya jawab soalan tu ye. tak pentingkan? jawab aku sambil melangkah keluar dari pejabat. Adam membalas aku dengan senyuman lebarnya. pasti dia sedar jawapan aku itu berbaur perli. ahh. biarkan dia. usik aku lagi."

****************************************************

bulan depan? huh.. apa alasan aku untuk tak pergi ke majlis itu? kalau aku tak pergi nampak sangat aku tak boleh terima kenyatan itu. kalau pergi, mampu ke aku berdepan dengan orang lain? dia dan bakal isterinya itu. kawan baik aku sendiri. aku bermonolog...

*****************************************************

seperti biasa, setiap kali pulang kerja aku akan menanti kedatangan ayah untuk menjemputku dan setiap kali itu juga dia menemani aku.

"ayah saya macam lambat je hari ni. mungkin dia ada hal kot. 

rungut ku kecil sambil merenung jam tanganku. dah pukul enam ni.
ala, sabar lah sikit. ada lah tu dia singgah mana-mana. dah try call dia? Adam sedikit memujuk.
saya telah kehabisan kredit. jawabku berselit gurau.
haha. kalau ye pon tak payahlah nak buat ayat operator celcom sangat. nah. guna handphone saya. dihulurnya handphone kepada aku. orang memberi kita merasa kan? baru je aku nak mendail, handphone aku berdering. oh, ayah. cepat-cepat aku menjawabnya."

"kereta ayah rosak tadi. kata aku sejurus tamat perbualan.

oh. so sekarang macam mana? nak saya hantarkan ke? cepat Akmal bertanya.
err..tak apa. tu tadi sekarang dah oke. ayah tengah on the way tu.
oh... ringkas Adam membalas.
eh, lama pulak awak tunggu saya. pegi lah balik dulu. saya oke je sorang-sorang kat sini. bukan sunyi pon.
ala, tak pe. balik pun bukan buat apa pun. lepak sini sekurang-kurangnya dapat borak-borak, gaduh-gaduh dengan awak. tak apa. kejap lagi sampai ayahnya, saya balik la."

****************************************************

jujur, dia memang lelaki yang baik. tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan dia.
aku akui, apa yang terjadi adalah berpunca dari diri ini juga. mungkin aku terlalu mudah menilai.
terlalu mudah terasa. tapi dia juga kenapa? kenapa buat aku ternanti-nanti? tinggi sangat ke ego dalam diri dia? perlukah aku yang memulakan bicara?melafazkan kata cinta? ahh~ keluh aku. kenapalah aku nak fikir lagi benda ni? semua dah berlalu. senang cerita baik aku lupakan pasal jemputan ni. tak payah pergi langsung. cukup! aku bergelut dengan diri sendiri..

*****************************************************

"kau ni memang tau Aina. terjah Farid.
eh, dia ni tiba-tiba tak bagi salam nak marah-marah dengan aku.apa hal.
kenapa dengan aku? sedikit tinggi suara aku membalas.
aku pelik lah dengan kau ni. Adam tu sikit punya baik, sikit punya handsome, macam tu je kau buat dia?
apa aku buat? kau tak tahu apa-apa tak payah nak cakap banyak.
lagi pun aku dengan dia bukan ada apa-apa pun.
tak ada apa-apa kata kau? eh, dia tu dah lama ada hati kat kau tau!
kau tahu kenapa dia berenti tiba-tiba? sebab kau lah. buat dia kecewa. kalau kau dah ada orang lain, yang ko pegi melayan dia tu kenapa? bagi harapan palsu? aku ingat kau ni jenis perempuan yang baik-baik.tapi sayang, luaran cantik dalam Tuhan je yang tahu."

tergamam seketika aku mendengar kata-kata terakhir itu. marah memang aku marah dengan celaan Farid yang tak tentu pasal itu. rasa macam nak hinggapkan buku lima ini di mukanya. tapi apa yang lebih aku pentingkan adalah untuk mencari Adam.

terus segera aku mendapatkan handphone dan cuba menghubungi Adam.
tapi nombor nya tak  aktif lagi.
aku cuba mencarinya, tapi tak tahu ke mana dia pergi.

lama juga aku cuba melupakan hal ini. kesilapan aku, keegoaan dia. salah ke aku?


*****************************************************


sedang aku jauh dalam lamunan, tiba-tiba aku tersentak dengan satu tangisan. dengan cepat aku mendapatkan Aisyah


"ya Allah, Aisyah.

kenapa ni? tanya aku ada sedikit rasa marah. kesan lupa di kaki Aisyah membuat aku begitu risau bercampur kesal sebab membiarkan dia main bersendirian.
maaf puan, maaf banyak-banyak. adik saya tak sengaja. budak-budak kan? ada lah tolak-tolaknya. saya mintak izin bersihkan luka anak puan ya. jawab pemuda itu begitu sopan. terhanyut pula aku dengan kata-kata dia.
eh, tak apa. em, huh~ mintak maaf juga. tak pe, tak pe. saya settle kan anak buah saya ni sendiri ya. balas ku sedikit tak keruan. jujur, wajahnya mengingatkan aku tentang masa lalu ku.
anak buah? maaf lagi. saya ingat anak cik. maaf.
tak apa. memang selalu pun orang kata lagu tu. haha. mungkin dah ada rupa mak-mak orang kot.
kawen je belum lagi. aku mendukung Aisyah. boleh tahan berat badannya.nak kenakan dengan badan aku yang sekeping ni.memang nak tumbang rasa.
tu maknanya tak lama lagi makan nasi minyak la tuh. gurau pemuda itu.
entah kenapa gurauan itu membuatkan hati aku terusik sedih. terdiam aku dan hanya membalas gurau itu dengan senyuman sinis. mintak diri dulu ya. ringkas kata ku sambil melangkah pergi."

siapa lelaki itu ya? first time aku nampak dia kat situ. handsome.sopan. tersenyum aku sendiri..terlupa sebentar aku akan kisah Adam itu.......................


bersambung~~






No comments:

Post a Comment